Tuesday 26 April 2011

Pelancaran Kempen Galakan Membaca 2011

Tarikh          :  25 April 2011
Program       :  Pelancaran Kempen Galakan Membaca 2011
Sasaran        :  Murid-murid SK Sg Duri


KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2011 telah dilancarkan pada 25 April 2011.  Untuk sesi pagi, ia telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Siti Zakiah binti Johari.  Pn. Nor A'ini binti Senapi, Penyelia Petang, pula telah sudi melancarkan program tersebut bagi sesi petang.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menambah kesedaran di kalangan anak-anak didik di SKSD mengenai kepentingan membaca dalam kehidupan mereka.





Perasmian oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Siti Zakiah binti Johari.



Ucapan perasmian.

Dalam majlis yang sama juga, GPK Pentadbiran telah menyampaikan Rekod i-NILAM kepada penyelaras aliran (yang bertindak sebagai wakil kepada guru-guru kelas untuk aliran tersebut).


Guru Penyelaras Tahun 1, Pn. Mariena binti Shaari.


Guru Penyelaras Tahun 4, Pn Saliza binti Yacob.


Guru Penyelaras Tahun 5, Pn. Anbalagi a/p Muniandy.


Guru Penyelaras Tahun 6, Pn. Sharipah binti Shafie.


Sebagai galakan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Anugerah Pengawas Pusat Sumber Sekolah Terbaik Bulanan telah diwujudkan pada tahun ini.  Tujuan utama penganugerahan dilaksanakan adalah bagi memotivasi semua Pengawas Pusat Sekolah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga sekolah.  Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang terpilih diberikan Sijil Penghargaan dan sebuah novel fiksyen Bahasa Melayu.



Pengawas Pusat Sumber Sekolah Terbaik untuk bulan Februari 2011,
Muhammad Iman Hakimi bin Ahmad Zaini (Tahun 6A).


Pengawas Pusat Sumber Sekolah Terbaik untuk bulan Mac 2011,
Nor Athirah Hafizah binti Syamsuddin (Tahun 5B).


Pengawas Pusat Sumber Sekolah Terbaik untuk bulan April 2011,
Intan Farhana binti Osman (Tahun 4A).

Siri 'Classic Fairy Tales'


NAMA SIRI
&
CLASSIC FAIRY TALES
BILANGAN BUKU DALAM SIRI
&
8 BUAH
PENERBIT
&
RHYTHM PUBLISHING CO SDN BHD
TARIKH PEROLEHAN
&
18 APRIL 2011
KATEGORI
&
FIKSYEN BAHASA INGGERIS
STATUS
&
PINJAMAN (BUKAN RUJUKAN)












Siri ini merupakan adaptasi semula daripada cerita penglipur lara di kalangan masyarakat Inggeris.  Ia ditulis dalam bahasa Inggeris yang lebih mudah difahami oleh pelajar.  Sepertimana kelaziman cerita rakyat ('folktales'), setiap cerita menekankan kepentingan nilai murni dalam diri kita.