Sunday 29 May 2011

Majlis Perpisahan Mantan Guru Perpustakaan & Media, Pn. Rohana binti Md Desa.

Program          : Majlis Perpisahan Pn. Rohana binti Md Desa
Tarikh             : 27 Mei 2011
Hari                : Jumaat


Pn. Rohana binti Md Desa.

Pn. Rohana binti Md Desa telah mengajar selama lebih kurang 16 tahun di sekolah ini.  Beliau merupakan Guru Perpustakaan dan Media semenjak dari zaman awal beliau berhijrah ke sini.  Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah melakukan banyak perubahan kepada pusat sumber sekolah ini.

Untuk makluman semua, beliau akan bertukar ke sekolah baru di Ampang, Selangor kerana mengikut suami tercinta.  Sesungguhnya, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat warga SKSD.  Walaubagaimanapun, kami semua mendoakan beliau yang terbaik semasa bertugas di tempat mengajar yang baru nanti.  Semoga beliau akan berterusan menyokong SKSD walaupun dari jauh.


Ucapan perpisahan daripada yang diraikan.


Penyampaian cenderamata dari GPK Pentadbiran, Cik Siti Zakiah binti Johari, sebagai wakil bagi semua guru dan kakitangan.


Penyampaian cenderamata daripada guru.


Bersama teman paling rapat.


Bersama rakan guru.


Bersalaman dengan murid-murid.


Bersalaman dengan rakan-rakan guru dan kakitangan.





Saturday 28 May 2011

Selamat Bercuti!




SELAMAT BERCUTI 
KEPADA SEMUA WARGA SK SUNGAI DURI!!!  :)


Cuti Pertengahan Tahun 2011 akan bermula pada 
28 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011.


Semoga semua warga SKSD akan dapat berehat dengan secukupnya 
- luangkanlah masa bersama keluarga tersayang 
& gunalah masa sebaiknya (masa berkualiti).


Moga kita semua akan kembali ke sekolah nanti dengan lebih bersemangat 
untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.



Tuesday 10 May 2011

Buku Tatabahasa Bahasa Melayu



NAMA BUKU
&
SISTEM BAHASA, KATA BANYAK MAKNA DAN KATA HAMPIR SAMA MAKNA
BILANGAN BUKU
&
10 BUAH
PENERBIT
&
PENERBIT ILMU BAKTI SDN BHD
TARIKH PEROLEHAN
&
19 APRIL 2011
KATEGORI
&
BUKAN FIKSYEN
STATUS
&
8 BUAH - PINJAMAN
2 BUAH - RUJUKAN



Buku ini dilengkapi dengan pelbagai ciri istimewa yang dapat membantu para penggunanya dalam memperkaya perbendaharaan kata Bahasa Malaysia, iaitu :
  • merangkumi semua aspek yang terdapat dalam sukatan pelajaran dan diuji dalam peperiksaan
  • mengemukakan entri yang disusun mengikut urutan abjad
  • memberikan maksud dan penerangan yang tepat, padat dan sistematik
  • menyediakan contoh ayat untuk memudahkan dan memperkaya pemahaman murid
  • mempersembahkan ilustrasi untuk menambah tahap pemahaman murid.



NAMA BUKU
&
1001 SIMPULAN BAHASA LENGKAP
BILANGAN BUKU
&
10 BUAH
PENERBIT
&
IMPIANA PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
TARIKH PEROLEHAN
&
19 APRIL 2011
KATEGORI
&
BUKAN FIKSYEN
STATUS
&
8 BUAH - PINJAMAN
2 BUAH - RUJUKAN



Adakalanya, penggunaan simpulan bahasa dalam pertuturan seharian dan dalam bidang penulisan tidak lagi diberi penekanan dan dititikberatkan.  Ada kalanya, kewujudan simpulan bahasa langsung tidak dipedulikan oleh pelajar-pelajar sekolah.

Oleh itu, buku ini membantu dari segi aspek memberi pendedahan kepada generasi muda untuk menggunakan simpulan bahasa dalam kehidupan seharian mereka.  Ia juga dihiasi dengan ilustrasi menarik yang dapat menarik minat pelajar untuk membacanya.



NAMA BUKU
&
BIJAK KAMUS LENGKAP PERIBAHASA
BILANGAN BUKU
&
10 BUAH
PENERBIT
&
MARSHALL CAVENDISH (MALAYSIA) SDN BHD
TARIKH PEROLEHAN
&
19 APRIL 2011
KATEGORI
&
BUKAN FIKSYEN
STATUS
&
8 BUAH - PINJAMAN
2 BUAH - RUJUKAN



Buku ini mengandungi lebih daripada 1000 buah entri yang menepati kehendak pembelajaran murid-murid sekolah dan pembaca umum.  Penerangan serta ayat contoh yang jelas dan mudah difahami dan dibantu oleh ilustrasi menarik dapat membantu pemahaman murid-murid


NAMA BUKU
&
PENJODOH BILANGAN
BILANGAN BUKU
&
10 BUAH
PENERBIT
&
PENERBIT ILMU BAKTI SDN BHD
TARIKH PEROLEHAN
&
19 APRIL 2011
KATEGORI
&
BUKAN FIKSYEN
STATUS
&
8 BUAH - PINJAMAN
2 BUAH - RUJUKAN



Buku ini berupaya membantu murid-murid memahami konsep penjodoh bilangan dalam membina struktur ayat Bahasa Melayu yang gramatis dan betul.


Tuesday 3 May 2011

Siri 'Tokoh Islam Terbilang'

NAMA SIRI
&
SIRI TOKOH ISLAM TERBILANG
BILANGAN BUKU DALAM SIRI
&
8 BUAH
PENERBIT
&
SABUNAI MEDIA SDN BHD
TARIKH PEROLEHAN
&
21 APRIL 2011
KATEGORI
&
BUKAN FIKSYEN
STATUS
&
PINJAMAN (BUKAN RUJUKAN)













Islam telah mencapai kecemerlangan yang hebat.  Sepanjang 1500 tahun lamanya, Islam telah menjadi agama yang paling banyak anutannya.  Bahkan Islam telah tersebar di serata dunia tanpa mengira kaum dan negara.

Sebahagian kegemilangan Islam telah dizahirkan melalui siri ini yang menceritakan tentang keilmuan individu dalam memastikan Islam menjadi asas dalam mencapai kesempurnaan hidup.