Sunday 29 May 2011

Majlis Perpisahan Mantan Guru Perpustakaan & Media, Pn. Rohana binti Md Desa.

Program          : Majlis Perpisahan Pn. Rohana binti Md Desa
Tarikh             : 27 Mei 2011
Hari                : Jumaat


Pn. Rohana binti Md Desa.

Pn. Rohana binti Md Desa telah mengajar selama lebih kurang 16 tahun di sekolah ini.  Beliau merupakan Guru Perpustakaan dan Media semenjak dari zaman awal beliau berhijrah ke sini.  Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah melakukan banyak perubahan kepada pusat sumber sekolah ini.

Untuk makluman semua, beliau akan bertukar ke sekolah baru di Ampang, Selangor kerana mengikut suami tercinta.  Sesungguhnya, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat warga SKSD.  Walaubagaimanapun, kami semua mendoakan beliau yang terbaik semasa bertugas di tempat mengajar yang baru nanti.  Semoga beliau akan berterusan menyokong SKSD walaupun dari jauh.


Ucapan perpisahan daripada yang diraikan.


Penyampaian cenderamata dari GPK Pentadbiran, Cik Siti Zakiah binti Johari, sebagai wakil bagi semua guru dan kakitangan.


Penyampaian cenderamata daripada guru.


Bersama teman paling rapat.


Bersama rakan guru.


Bersalaman dengan murid-murid.


Bersalaman dengan rakan-rakan guru dan kakitangan.





No comments:

Post a Comment