Friday 1 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011

Banner rasmi Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


Program   : Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Tarikh      : 2 Julai 2011
Hari         : Sabtu
Masa        : 7.45 a.m.
Tempat     : SK Sungai Duri 



ACARA LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH BAKAL
DILAKSANAKAN PADA 2 JULAI 2011 


SEMUA WARGA SEKOLAH, PIBG, WARIS , BEKAS PELAJAR DAN 
KOMUNITI SETEMPAT TERLIBAT DAN DIJEMPUT HADIR .

Majlis pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri (merangkap Menteri Pelajaran), YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin pada 2 Julai 2011.  Sehubungan dengan majlis pelancaran tersebut, acara Larian 1 Murid 1 Sukan akan dijalankan serentak di semua sekolah di seluruh negara.

Acara larian peringkat SK Sungai Duri akan bermula pada jam 7.45 pagi. Semua murid dan warga sekolah diminta berkumpul di Dataran Perhimpunan pada pukul 7.15 pagi.  Unit Kokurikulum Sekolah juga akan menganjurkan Mini Karnival Sukan 1 Murid 1 Sukan selepas tamat acara larian. Pertandingan Captain Ball dan Futsal akan disertai oleh murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6.  Untuk murid-murid Tahun 1 dan 2, acara permainan dalaman akan dijalankan.  

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Encik Mohd Hamdi bin Abd Rahim, Setiausaha Sukan Sekolah.

No comments:

Post a Comment