Thursday 25 August 2011

Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Berbuka Puasa Peringkat Sekolah 2011


Program ini akan berlangsung pada 25 Ogos 2011 (Hari Khamis) bertempat di Dataran Perhimpunan Sek Keb Sungai Duri.


Matlamat & Rasional
  • Melahirkan murid-murid yang beradab dan sentiasa mengamalkan sunnah Rasul walau di mana mereka berada.
  • Melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran dan menjadikan Al-Quran panduan hidup.
  • Menyedarkan murid-murid tentang kewajipan membaca Al-Quran dan menghayati maksudnya.
  • Menjadikan Rasulullah SAW sebagai model dan idola kepada para murid.

Objektif
  • Mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid.
  • Memberi pendedahan kepada murid mengenai adab dan sunat sebelum, semasa dan selepas membaca Al-Quran.
  • Mentarbiah murid-murid melalui kefahaman yang sebenar terhadap falsafah khatam Al-Quran dan kelebihannya.
  • Menanam jati diri dan semangat cintakan Al-Quran dalam diri murid-murid.
  • Memberi pendedahan kepada murid-murid bagaimana menghayati tadarus Al-Quran dan cara perlaksanaannya.


Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Ustaz Hairudin bin Mohd Isa (Setiausaha).


No comments:

Post a Comment