Monday 1 August 2011

Tahniah!

SK Sungai Duri Juara 'Who's The Genius?'
Oleh Norhayati Umor 
bhnews@bharian.com.my
2011/08/01
 



     
NOR Faeqah (kiri), Nurhidayah dan Nik Amir Zakwan (kanan) bersama hadiah kemenangan mereka pada kejohanan pertandingan 'Who's The Genius? Cabaran Kebangsaan 2011' Zon Utara, baru-baru ini.

                       
PESERTA pertandingan menjawab soalan kuiz dalam pertandingan 'Who's The Genius? Cabaran Kebangsaan 2011' Zon Utara.


SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sungai Duri, Seberang Prai Selatan, muncul juara Zon Utara pertandingan 'Who's The Genius? Cabaran Kebangsaan 2011' anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad dengan kerjasama Dutch Lady Milk Industries di Plaza Gurney, di Georgetown, baru-baru ini.

Nurhidayah Zunaidi, Nor Faeqah Furairah dan Nik Amir Zakwan - semuanya berusia 12 tahun - membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan kamera perakam video Sony tajaan Dutch Lady dan sijil penyertaan selepas menewaskan 24 pasukan lain.  Mereka juga akan mewakili Zon Utara pada cabaran akhir yang akan diadakan November depan.


Tempat kedua dimenangi SK Lebuh Light juga dari Georgetown yang membawa pulang wang tunai RM300, satu komputer riba jenis Sony, sijil penyertaan dan cenderahati, manakala tempat ketiga ialah SK Ibrahim dari Sungai Petani, Kedah, yang memenangi hadiah wang tunai RM200 serta kamera digital, sijil penyertaan dan cenderahati.


Hadiah wang tunai akan dikongsi peserta, manakala hadiah dalam bentuk barangan diserahkan kepada pihak sekolah. Hadiah disampaikan oleh Penolong Pengurus Penjenamaan Dutch Lady, Quah Ye Vian.


Sebanyak 25 buah sekolah menyertai pertandingan itu yang berbentuk kuiz. Pertandingan yang sama itu diadakan di Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Timur. 






No comments:

Post a Comment